my fren

24 Disember 2009

Kejam betul la manusia ni !


Kanak2 berusia 11 thn di rogol,di liwat & di bunuh.

  • Mayat kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam yang ditemui di kolam tadahan banjir di Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam dipercayai dirogol dan diliwat.
  • Hasil bedah siasat selama empat jam di Hospital Kuala Lumpur semalam mendapati, kesan koyak pada alat sulit mangsa dipercayai disumbat benda tumpul.
  • Mangsa dijerut dengan tuala kecil sehingga mati sebelum mayatnya dicampak dalam kolam. Terdapat kesan suntikan BCG di lengan kirinya.
  • Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sampel termasuk cap jari dan gigi mangsa dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak itu. Polis akan menyiasat pelbagai sudut termasuk serangan seksual.
  • Tiada ahli keluarga menuntut mayat kanak-kanak itu. Malah, identitinya masih misteri kerana tiada laporan kehilangan kanak-kanak diterima.
  • KUALA LUMPUR 23 Dis. – Hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak yang ditemui di kolam tadahan banjir di ibu negara semalam, menunjukkan mangsa mungkin dirogol dan diliwat sebelum meninggal dunia.

    Bedah siasat yang dijalankan hampir empat jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mulai pukul 10.30 pagi ini mendapati, terdapat kesan koyak pada alat sulit mangsa dipercayai akibat dirogol dan diliwat beberapa kali.

    Laporan bedah siasat itu turut mendedahkan mangsa mati akibat dijerut menggunakan tuala kecil sebelum mayatnya dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Koyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

    Kanak-kanak malang yang dianggarkan berusia 12 tahun dan berkulit gelap itu turut mempunyai kesan suntikan BCG di lengan kirinya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul petang ini berkata, polis telah menghantar beberapa sampel termasuk cap jari dan gigi mangsa untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak itu.

    Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh di satu lokasi lain sebelum mayatnya dicampak dalam kolam berkenaan.

    ‘‘Bedah siasat mendapati, leher mangsa lebam akibat dijerut manakala kedua-dua lututnya melecet dipercayai diseret dan berlaku pergelutan,’’ katanya.

    Ditanya sama ada mangsa dirogol dan diliwat, Zakaria berkata;

    ‘‘Siasatan kita meliputi pelbagai aspek termasuk serangan seksual. Apa-apa pun ia terlalu awal untuk mendedahkannya. Biar kita siasat dulu”.

    Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui terapung di perangkap sampah kolam tadahan banjir kira-kira pukul 11.30 pagi.

    Ketika ditemui, terdapat kesan jerut dengan kain di leher mangsa yang hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

    Menurut Zakaria, berdasarkan pemeriksaan awal, katanya, mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

    Ketika ditanya sama ada pembunuhan itu dilakukan oleh mereka yang rapat dan mengenali mangsa ekoran tiada laporan mengenai kehilangan kanak-kanak dibuat, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

    Sehubungan itu, polis meminta waris atau ahli keluarga terdekat yang kehilangan kanak-kanak supaya menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Che Aziz Md. Isa di talian 012-9280024 dengan segera.

    Lebih menyedihkan, sehingga pukul 6 petang ini, mayat kanak-kanak itu masih ditempatkan di bilik mayat HKL kerana tiada waris yang datang menuntut mayat itu.

    Malah, tiada sebarang laporan mengenai kehilangan kanak-kanak dibuat di mana-mana balai polis setakat petang ini.

    23 Disember 2009

    DeMaM MenYeRanG DiRiKu LaGi~

    DEMAM DTG LAGI !!!!!! menci..menci...menci...tak sampai 3 hari baik demam,dtg balik demam tu.aduyai,melecet lg la hidung eden ! mengadu ngan si dia,si dia leh jawap,aku kena demam pengantin lak.si dia siap suh aku gi mintak kain kat pengantin (akak sedara aku yg baru kawen minggu lps) utk aku wat selimut.merepek je tunang aku ni..bkn nak bwk aku gi klinik ke tp bg jawapan yg x masuk akal langsung (",)

    Pening + sakit tekak + Flu
    TENSION nyeeeeeee~

    22 Disember 2009

    Berhati2 ngan pencopet gambar.

    kenapa skg aku PRIVATE kan album aku kat FB ? ermm,saja..x de apa masalah pon sbnr nye.da bosan ngan gambar2 lama.naik muak aku tgk gambar aku yg 'masih beringus' ..nak tunggu gambar 2010 lak,baru la nampak fresh (",) eh,skg byk kes PENCOPET gambar kat alam cyber ni kan.ramai da yg terkena.menyamar baek punyeeee...Zack-u ngan BF dia da terkena..gambar2 dia kena copet,sampai jadi kes polis tau.sebab wujud kejadian ugut membunuh.. Sbb tu skg stiap gambar,aku letak text.riso kena COPET ngan penjenayah cyber ni.so,all blogger's berhati2 la ngan setiap gambar2 yg korang pamerkan kat blog,FB @ seangkatan dengan nye.kalo gambar yg seksi2 lagi la bahaya,'dorang' copet gambar tu pastu masuk kan kat web2 lucah ....BERHATI-HATI la ek ..adios !!

    P/S : ( COPET = pencuri )

    JoM JoiN GengBlogger.



    kepada yang gila berblogging...jom join GengBlogger.kat situ leh dpt ramai kawan baru yg sama2 'gila berblogging'..

    21 Disember 2009

    Trip ke PeRaK~

    Alhamdulillah Demam aku da makin 'KeBah'..terseksa nye kalo demam di sertai Flu yg teruk.sampai melecet hidung.Ahad hari tu aku gi Perak ngan sedara mara aku,menghantar cousin aku bersanding tok pihak laki lak.tp lupa plak Perak area mana.Jauh nun mcm 'Jin bertendang'..sampai sana,tangkap gambar,makan,borak2,pandang2 kawasan kampung tu pastu blah...tak tahan lama2 kat situ.PANASSSSS!!!!! matahari mcm atas kepala..di sbb kan masing2 bdn da kepanasan plan gi air tejun kat Tapah.tp sayang seribu kali sayang,gambar aku 1 pon x de masa kat Air terjun tu.sbb x de sape sudi tangkap kan gambar aku.Hahahahahaha......aku pon x byk tangkap gambar masa kat sana,ntah la...mood nak tangkap gambar tu x de dlm jiwa ni.makin hari makin malas nak pegang camera..

    dorg berdua ni bkn setakat rendam kaki je tau dlm air tu..dorg tgh wat terapi kaki dlm air tu.jgn x caya,pasir tu ada rasa bahang panas..kata alang,bawah pasir tu ada larva gunung berapi.ntah la,kurang pasti..tapi kalo pijak lama2 mmg terasa panas..kesian mak ngan alang,x dpt mandi.tu la,sape suh x bawak baju.Padan muka..x pe la,bg org muda je 'lembutkan kulit' kat dlm air tu (",)
    InsyaAllah kite org plan nak wat family day kat situ.tp x pasti lg bila..kena plan slow-slow & kena tunggu duit dlm poket penuh baru leh gi bercuti (",) serius....tempat ni mmg BEST GILERRR !!

    TeRiMa KaSiH Cik EpaL~

    Aku tersenyum sampai ketelinga bila bace entry CIK EPAL.100% aku setuju!!! biasa la,aku pon pnh alami nasib yg sama mcm CIK EPAL alami.al-maklum la kadang2 kat blogger's ni ada nyamuk & lalat yg sesat (",) petua yg ada kat entry CIK EPAL tu,teramat la berguna utk pada sape2 yg mengalami nasib yg serupa ngan aku & CIK EPAL.

    KLiK SiNi~EnTrY CiK EpaL~

    pd 'nyamuk2 & lalat2' yg pnh menyemak kat BLOG aku ni,korg pon leh bace Entry tu !! SeSuAiiiiiiiiiiiii sgt ngan korang...C & A jgn sentap !! hahahahhaha~

    18 Disember 2009

    Ada peningkatan..


    Alhamdulillah,skg ni baru nampak perubahan kat duit NUFFNANG aku..setiap hari duit aku makin naik,naik & naik..sblm ni,berbulan2 duit tu tak bergerak langsung..maybe dulu aku lom paham sepenuh nye ttg NUFFNANG ni.bila da selidik dgn teliti & belajar dgn rakan2 bloggers yg lain,alhamdulillah aku dah paham mcmne cara NUFFNANG ni (",) terima kasih kengkawan...
    tapi aku tol-tol jeles ngan kak ceeramoon & zack-u...dorg ni duit nuffnang dorg leh cecah sampai RM1000++ dua beradik ni mmg glamour kat bloggers (",) mudah mudahan aku leh ikut jejak langkah dorg berdua..AMIN (",) hah,NUFFNANG korg mcmne lak? kongsi la cerita ngan aku....

    17 Disember 2009

    akhirnyee....pandai gak aku (",)

    akhir nye aku lulus gak belajar wat 'kelitong'..tak tahu apa makna 'kelitong'?? ala,adik beradik ngan curl gak la.da lama aku nak belajar wat rambut mcm ni,kalo nak wat kat rambut mak aku,rosak plak rambut nye nnt.kebetulan adik aku bawak balik patung dari saloon dia,hah apa lagi...kepala patung tu la aku 'henyak'..hahahahah...

    benda alah ni la yg aku guna kan tok 'menggodek' rambut patung ni.

    gambaran dr tepi

    gambaran dr belakang..
    ni hasil nye..senyum sampai ke telinga aku di wat nye bila da pandai wat kelitong ni..
    .
    .
    .
    .
    .
    skg giliran aku try kat kepala manusia plak.sapa mangsa nye?? sepupu aku!!! hahahhaha..

    wah,mcm anak dara ko ek eyna..anak da dua pon maintain 'slim river'

    bangga nye hasil kerja tgn aku kena puji ngan sedara mara walooooo pon tak seteror adik aku.hahahha.....jadik la,dari tak de (",)

    16 Disember 2009

    eden domam !

    kepala berat~hingus meleleh(da leh wat cendol hingus aku ni)~tak de mood~selera makan tak de~
    argghhh....menci...menci...menci...da la esk plan gi tgk wayang,leh demam plak hari ni.spoil tol la!
    mudah-mudahan esk da baik.nak tgk wayangggg!!!!!!!!!!! tak mo ar tgk wayang ngan keadaan 'cendol' penuh dlm hidung ni..mengganggu je nak feeling dlm wayang nanti.hahahahhaha....org kiri kanan pon leh jadi geli geleman bila dgr aku sedut 'cendol' aku ni nanti... (",)

    hanya 'benda alah' ni je la peneman aku waktu aku demam....WANGI NYEEEEE....

    15 Disember 2009

    Benci soalan ni !!!

    "BILA IJA NAK KAWEN ????"
    "BULAN BRAPE IJA KAWEN???"
    "PASNI GILIRAN IJA LAK KAWEN"

    Benci....benci....benci ngan soalan2 maut ni!! tak tahu la knp soalan ni leh bikin hati aku panas.bkn aku saja2 nak benci ngan soalan ni,sape tak nak kawen kan?semua org nak kawen.tp pihak laki lom tetap kan tarikh lagi,apa aku leh wat.BERSABAR je la.masa kenduri cousin aku hari tu,mmg soalan maut ni byk singgah kat telinga aku.sampai letih aku nak jawap.tak pe la...sabar ek,bila tiba masa nye nanti aku akan hebah kan 1 malaysia (hebat ke nak umum kan 1 malaysia) skg ni tgh berangan2 mcmne rupa aku naik pelamin nanti (hahahaha...gila saiko aku ni)

    amacam?? ada mcm pengantin x gaya aku?hahahahha.....ala,amik berkat.
    mantopppp....terbaik dr ladang..hahahah!!!

    cousin aku ni,lagi muda dr aku tau..dah ada anak dua,aku lak......yang adooo!!!

    14 Disember 2009

    Interview........

    assalamualaikum? (tak jwp dosa)
    hari ni baru rasa relax sikit nak beblogging..aman je kepala otak dlm dlm hati bercelaru (",)
    kali ni sambung kisah aku interview kat pulau indah hari tu..ermmm...,biasa je.tak de apa yg menarik.berbeza kali ni,aku gi interview pakai tudung.kenapa aku pakai tudung?dah insaf ke? hehehe no lah ! si dia la yg berkias-kias,suh pakai.aku plak mls melawan,pakai je la..

    gi interview pon still berkepit okey!! hehehe..neves ar,x tau knp mengada-ngada lak hati ni suh si dia teman kan..

    see....sampai masuk dlm opis pon aku paksa si dia temankan aku...terserlah kegedikan aku.
    (ada aku kisah)

    tempat ni operator pengeluaran nye semuanye LELAKI.hahaha...apa lg,jual saham la aku nanti.
    tgk la,berlambak mat rempit keje sini.moto je yg byk 'bersidai' kat luar !

    yg sbnr nye tempat ni baru setahun jagung bertapak..lengang je dlm opis..

    kat belah dalam tu la,LAB ....tempat aku nnt..hehehe...almaklum la,belajar tak pandai,QC LAB je mampu aku mintak.tu pon si dia yg tolong 'ejas' kan tempat ni kat aku.kalo x de org dalam jgn mimpi la aku dapat keje ni.bos yg interview aku ni pon,tak cerewet..baik giler.sijil aku pon dia x tgk.bagus gak,wat malu aku je kalo dia tgk sijil2 aku..insyaAllah,bulan januari aku start keje.
    wat masa skg,dok umh besar kan bontot.hahaha!!

    doa kan terbaik utk ku..AMIN..

    11 Disember 2009

    keBizian melanda hidupku.

    2,3 hari ni bz memanjang.rutin aku seharian padat giler.sampai x sempat nak berblogging :)
    aku pon x sabar2 nak kongsi cerita kisah aku interview hari tu.masih ingat lg kan aku gi interview hari tu.?bila aku da free nnt aku update.esk je da kena bangun kol 6 pagi,sbb sepupu aku nikah,kena merewang la apa lg..ahad lak dia bersanding.bersiap sedia la tulang empat kerat ni....ok lah korg,take care & assalamualaikum...

    mudah mudahan mimpi yg indah malam ni.....ZZZzzzz